Tuesday, 7 February 2012

TM Unifi Installation..

 Kontraktor Unifi tiba jam...
 Panjant tiang belakang rumah...
Ni kawan dia, pakai cangkul untuk betulkan kabel Unifi...

 Kabel putih ni untuk dalam rumah..
Kabel hitam ni untuk luar rumah..dari tiang TM ke rumah..

Phone Dect, Wireless Router, TM Router, HyppTV Set Top Box...
Siap pasang jam....
Kesimpulannya...Unifi hanya untuk unlimited broadband internet acces...channel TV masih tak banyak terutama channel sukan langsung tiada.

Monday, 6 February 2012




Paku-pakis, Semalu dan Pegaga Air-Tumbuhan sampingan yang tumbuh sendiri, kecuali pegaga air.
Melati-Pokok yang sangat lasak dan berbunga wangi. Lasak sebab walau tak disiram berbulan pun, dia tak mati, dia layu aje, kita siram je, dia lebat balik. Kalau nak bunga banyak, kita cantas habis sampai botak, tinggal ranting dan daun sikit, dia akan keluar dengan pucuk baru serta bunga dengan banyak dan lebat. Baunya amat menyenangkan.

 
Haleconia-Kalau nak tanam elok jangan campur dengan yang lain, tanam dia saja satu sudut baru nampak cantik, kalau tak..sakit mata memandang sebab tak serata. 


Halia Bara- yang merajuk tak nak berbunga lama dah...agaknya sebab cuaca kering dan panas...dia nak cuaca bawah teduhan agaknya. Biarlah dulu, asal dia tak mati sudah...nanti kita betulkan kawasan awak ya...Tanam pokok ni nak kena bercakap dengan dia...baru dia elok tumbuh...rasanya la.


Haleconia ini jiran saya yang tanam, dia campur dengan bunga ros yang kecik dalam post saya pasal bunga ros tu...Dulu saya ada tanam pokok ni, tapi buang terus dah sebab malas nak jaga. Tanam yang lain pulak. Pokok ni senang hidup.

Ylang-Ylang atau Kenanga- baru beli dan belum tanam lagi, tengah cari tempat yang sesuai untuk dia. Baunya harum jugak ni. Nanti kalau nak sambut menantu dan nak buat bunga rampai kan...campur bunga ni dengan daun pandan yang dipotong halus-halus...wangi la dia, tak payah beli. Eh! pokok pandan saya tak ada...nanti la tanam, lambat lagi pun...

Morning Glory...pokok yang amat kuat merayap dan mesti dipantau, kalau tidak habis kawasan rumah jadi macam hutan belantara. Nak semai paling senang, potong je dahan yang dah matang, cucuk ketanah, jaga siraman sampai pucuk baru keluar.

Yang ini saya tak tahu nama dia. Lagi satu jenis yang nak kena tanam kumpulan dia sahaja




Pembantu-Ini pembantu saya separuh masa. Bila perlukan bantuan nak buang daun, ranting kering, bakar sampah, angkat pasu dll yang berdua ini lah saya panggil.



Teratai-Salah satu tanaman yang saya paling suka sebab untuk menanam pokok ini kena ada unsur air yang membuat taman nampak lebih sejuk dan nyaman, tinggal lagi bila ada air adalah nyamuk. Jadi kena selalu pantau dan rajin letak ubat untuk elakkan nyamuk. Saya dah buang semua pokok ini sebab tak terkawal nyamuk. Tak mahu ambil risiko



Markisa-Pokok menjalar yang perlu dikawal kalau tidak mahu kawasan tanaman menjadi macam semak. Buahnya mengambil masa yang agak lama untuk masak. 


Bunga Mawar-ini jiran saya yang tanam. Saya tak berapa minat la tanam ros ni, belum lagi kut. Bunga tengah banyak sebab musin panas ni. Ada dua warna je, tak besar pun...

Cempaka Hutan-pokok ini agak besar. Harum baunya. Kalau nak tanam kawasan yang luas bolehlah. Pokok ni saya tak tanam, pemaju tanam dalam kawasan padang permainan belakang rumah jiran saya. Musim tengah panas macam sekarang ni banyakla bunga dia, banyak juga gugur, tu yang boleh "snap" gambar tu, kalau tidak kena dongak keatas la ya...




Serangga Tanaman-kalau kawasan rumah ada banyak pokok, inilah kawan-kawan dia. Gambar pertama tu namanya Cik Cput, rajin tu sebenarnya walaupun jalannya lambat. Pagi-pagi dah merayap kat pagar rumah saya ni ha. Gambar kedua tu, Cik Lompat, menyorok la tu, ingat orang tak nampak dia. Gambar ketiga, sian dia dah kena "freeze", sekarang musin panas dia "low profile sikit"...tunggu la musin hujan nanti...orang nak tido pun tak boleh asyik nak nyanyi je...









"Rangoon Creeper"-Pokok bunga ini sangat menjalar dan akan berbunga dengan banyak bila cuaca panas. Bila cuaca agak sejuk iaitu dari petang hingga malam dan diawal pagi...baunya harum, tapi saya boleh sakit kepala dengan bau dia, kalau dekat la. Pokok dia saya dah cantas, gambar terakhir tu tunas baru dah keluar...kena diatur laluan dia kalau nak cantik, kalau dibiarkan, habislah. Tak tahu pulak cara nak biak dia, beli aja la kat kedai.


Frangipani atau Kemboja. Cara paling senang untuk dibiakkan ialah dengan memotong dahan yang telah matang, kemudian tanam ditempat baru atau dalam pasu mengikut keperluan. Pokok ini paling senang dijaga sebab tak perlu siram selalu. Perlu bersedia untuk menyapu halaman sekurang-kurangnya seminggu sekali, sebab daunnya dan bunganya akan sentiasa luruh. Berbunga sepanjang tahun, sesuai untuk kawasan yang luas dan menerima panas sepanjang hari.