Tuesday, 7 February 2012

TM Unifi Installation..

 Kontraktor Unifi tiba jam...
 Panjant tiang belakang rumah...
Ni kawan dia, pakai cangkul untuk betulkan kabel Unifi...

 Kabel putih ni untuk dalam rumah..
Kabel hitam ni untuk luar rumah..dari tiang TM ke rumah..

Phone Dect, Wireless Router, TM Router, HyppTV Set Top Box...
Siap pasang jam....
Kesimpulannya...Unifi hanya untuk unlimited broadband internet acces...channel TV masih tak banyak terutama channel sukan langsung tiada.

Monday, 6 February 2012




Paku-pakis, Semalu dan Pegaga Air-Tumbuhan sampingan yang tumbuh sendiri, kecuali pegaga air.
Melati-Pokok yang sangat lasak dan berbunga wangi. Lasak sebab walau tak disiram berbulan pun, dia tak mati, dia layu aje, kita siram je, dia lebat balik. Kalau nak bunga banyak, kita cantas habis sampai botak, tinggal ranting dan daun sikit, dia akan keluar dengan pucuk baru serta bunga dengan banyak dan lebat. Baunya amat menyenangkan.

 
Haleconia-Kalau nak tanam elok jangan campur dengan yang lain, tanam dia saja satu sudut baru nampak cantik, kalau tak..sakit mata memandang sebab tak serata. 


Halia Bara- yang merajuk tak nak berbunga lama dah...agaknya sebab cuaca kering dan panas...dia nak cuaca bawah teduhan agaknya. Biarlah dulu, asal dia tak mati sudah...nanti kita betulkan kawasan awak ya...Tanam pokok ni nak kena bercakap dengan dia...baru dia elok tumbuh...rasanya la.


Haleconia ini jiran saya yang tanam, dia campur dengan bunga ros yang kecik dalam post saya pasal bunga ros tu...Dulu saya ada tanam pokok ni, tapi buang terus dah sebab malas nak jaga. Tanam yang lain pulak. Pokok ni senang hidup.

Ylang-Ylang atau Kenanga- baru beli dan belum tanam lagi, tengah cari tempat yang sesuai untuk dia. Baunya harum jugak ni. Nanti kalau nak sambut menantu dan nak buat bunga rampai kan...campur bunga ni dengan daun pandan yang dipotong halus-halus...wangi la dia, tak payah beli. Eh! pokok pandan saya tak ada...nanti la tanam, lambat lagi pun...

Morning Glory...pokok yang amat kuat merayap dan mesti dipantau, kalau tidak habis kawasan rumah jadi macam hutan belantara. Nak semai paling senang, potong je dahan yang dah matang, cucuk ketanah, jaga siraman sampai pucuk baru keluar.

Yang ini saya tak tahu nama dia. Lagi satu jenis yang nak kena tanam kumpulan dia sahaja




Pembantu-Ini pembantu saya separuh masa. Bila perlukan bantuan nak buang daun, ranting kering, bakar sampah, angkat pasu dll yang berdua ini lah saya panggil.



Teratai-Salah satu tanaman yang saya paling suka sebab untuk menanam pokok ini kena ada unsur air yang membuat taman nampak lebih sejuk dan nyaman, tinggal lagi bila ada air adalah nyamuk. Jadi kena selalu pantau dan rajin letak ubat untuk elakkan nyamuk. Saya dah buang semua pokok ini sebab tak terkawal nyamuk. Tak mahu ambil risiko



Markisa-Pokok menjalar yang perlu dikawal kalau tidak mahu kawasan tanaman menjadi macam semak. Buahnya mengambil masa yang agak lama untuk masak. 


Bunga Mawar-ini jiran saya yang tanam. Saya tak berapa minat la tanam ros ni, belum lagi kut. Bunga tengah banyak sebab musin panas ni. Ada dua warna je, tak besar pun...